Friday, 27 March 2015

Assalamualaikum wbt. Kehidupan ini umpama pokok bunga. Yang perlu disiram dan dibajai. Yang perlu dijaga dengan rapi supaya pada suatu hari , pokok itu akan mengeluarkan sekuntum bunga yang cukup indah dan cantik. Kita umpama pokok itu. Air yang membasahinya umpama iman dan baja itu seperti taqwa. Pejagaan pokok itu diibaratkan seperti kita menjaga hati dan akhlak kita. Jika kita mampu menjaga hati kita , in shaa Allah semuanya akan indah bagaikan bunga yang dikeluarkan oleh pokok itu. Bagaimana untuk menjaga hati ini ??? Pertama , peliharalah solatmu. Jangan biarkan dunia ini menyebabkan kita alpa tentang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Solat umpama tiang agama. Kita dirikan solat untuk tegakkan agama di muka bumi ini. Solat memberikan kekuatan kepada kita. Memberikan ketenangan. Solat itu adalah penghubung kita denganNya.
Semakin hari semakin dekat ajal kita. Semakin hari semakin berkurang umur kita. Mungkin hari ini ??? Mungkin esok ??? Mungkin lusa ??? Mengapa kita terus membiarkan diri kita bergelumang dengan dosa ??? Saya tahu , setiap hari pasti akan terdetik dalam hati kecil ini untuk berubah tapi sukar untuk melakukan semua ini. Walau bagaimanapun , kita perlu melakukan perubahan walaupun hanya 1%. Perubahan ini perlu berterusan dan istiqamah dalam melakukan ini. Usaha yang berterusan ini pasti akan membawa hasil jika kita ikhlas melakukan semua ini. Jangan hiraukan cacian masyarakat di luar sana yang meragui tentang usaha kita untuk berubah. Tetapkan pendirian dan terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh kebelakang.. In shaa Allah , pasti Allah akan membuka jalan untuk kita semua.
Apa pun kita lakukan , ingat !!! Kita mesti perlu dapat restu daripada ibu bapa kita.. Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa... Kemurkaan Allah juga terletak pada kemurkaan ibu bapa... So , setinggi mana kita berada pada hari ini , ingat !! IBU BAPA.. Mereka telah membesarkan kita.. Tanpa penat dan lelah untuk membesarkan anak-anak mereka. Mereka mampu menjaga kita yang ramai , belum tentu kita yang ramai ini dapat menjaga mereka berdua.. Sepatutnya kita masih mempunyai ibu bapa lagi ini bersyukur kerana di luar sana masih ramai yang telah kehilangan ibu bapa bahkan ada yang tak sempat nak melihat wajah ibu bapa kita. Apa salahnya jika kita korbankan sedikit waktu untuk bersama mereka. Percaya lah , tidak membazir atau merugikan masa kita.. Sama-sama lah kita , muhasabah diri dan perbaiki diri kita supaya lebih dekat kepada Allah.. Sayangi ibu bapa kita yang biarkan mereka berduka..
Setiap yang Allah hadirkan itu adalah untuk menguji kita. Kejayaan yang kita kecapi hari ini juga adalah ujian dari Allah dan kegagalan yang kita hadapi hari ini juga adalah ujian dari Allah. KEJAYAAN - Allah ingin menduga kita , adakah dengan nikmat kejayaan yang Allah berikan itu akan mendekatkan diri kita kepada Allah atau semakin jauh darinya???? Jika kejayaan itu membuatkan kita lebih dekat kepada Allah yang memiliki sekalian alam ini , maka kita dapat hadapi ujian itu. Dan jika alpa kepadaNya , kejayaan itu sebenarnya telah " memakan diri " kita..
KEGAGALAN - Allah kurniakan kegagalan kepada kita bukan kerana Allah tidak sayang kepada kita tetapi Allah tahu dengan kegagalan itu kita lebih dekat dengan Allah dan bangkit daripada kegagalan tersebut. Orang yang bangkit daripada kegagalan dan terus mencipta kejayaan selepas kegagalan yang dihadapi akan adalah orang yang berjaya mengatasi ujian itu. Sebaliknya , jika kegagalan itu hanya dibiarkan tanpa ada usaha untuk bangkit dan terus berada dalam kesedihan maka kita adalah orang yang gagal dalam ujian Allah itu. Setiap kejayaan yang dihadapi pada hari ini adalah hasil usaha kita sebelum ini. Usaha dan kerja buat kita pada hari ini adalah kejayaan pada hari esok.