Setiap yang Allah hadirkan itu adalah untuk menguji kita. Kejayaan yang kita kecapi hari ini juga adalah ujian dari Allah dan kegagalan yang kita hadapi hari ini juga adalah ujian dari Allah. KEJAYAAN - Allah ingin menduga kita , adakah dengan nikmat kejayaan yang Allah berikan itu akan mendekatkan diri kita kepada Allah atau semakin jauh darinya???? Jika kejayaan itu membuatkan kita lebih dekat kepada Allah yang memiliki sekalian alam ini , maka kita dapat hadapi ujian itu. Dan jika alpa kepadaNya , kejayaan itu sebenarnya telah " memakan diri " kita..
KEGAGALAN - Allah kurniakan kegagalan kepada kita bukan kerana Allah tidak sayang kepada kita tetapi Allah tahu dengan kegagalan itu kita lebih dekat dengan Allah dan bangkit daripada kegagalan tersebut. Orang yang bangkit daripada kegagalan dan terus mencipta kejayaan selepas kegagalan yang dihadapi akan adalah orang yang berjaya mengatasi ujian itu. Sebaliknya , jika kegagalan itu hanya dibiarkan tanpa ada usaha untuk bangkit dan terus berada dalam kesedihan maka kita adalah orang yang gagal dalam ujian Allah itu. Setiap kejayaan yang dihadapi pada hari ini adalah hasil usaha kita sebelum ini. Usaha dan kerja buat kita pada hari ini adalah kejayaan pada hari esok.
No comments:
Post a Comment